Di awal pembukaan, syarikat ini hanya bermodalkan RM 6,000.00 sahaja, tetapi kini selaras dengan peredaran masa, syarikat kammi telah mampu memiliki peralatan-peralatan kerja sendiri seperti lori, JCB, bangunan pejabat dan lain-lain peralatan kerja yang dianggarkan bernilai RM1,500,000.00.
Oleh yang demikian, dengan berbekalkan pengalaman, pengetahuan dan keyakinan, kami akan terus maju ke depan agar matlamat syarikat untuk menjadi yang terbaik dapat direalisasikan, in sha Allah. Oleh itu, semangat bekerjasama dalam satu pasukan dan bertanggungjawab amat dititikberatkan bagi menjamin kualiti serta mutu kerja kami.
Pada tahun 1993, CMZ USAHA SDN BHD telah diisytiharkan sebagai KONTRAKTOR BERWIBAWA. Berkat kesungguhan dan usaha gigih kami, pada 26 November 2010 kami telah dianugerahkan 'The Malaysian Contruction Industry Excellence Award' oleh CIDB. penganugerahan ini menjadi pemangkin kepada kami agar terus berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan